Getting promoted from DS45 to DS52. Essential guide for UNIMAS lecturers

Tahniah diucapkan dan selamat datang ke UNIMAS.

Biasanya fresh PhD graduate tanpa pengalaman bekerja akan dilantik sebagai Pensyarah DS45 di UNIMAS. Pertama sekali, kita patut bersyukur kepada Allah walaupun dilantik pada gred DS45 berbanding rakan-rakan lain di IPTA yang diberikan gred DS52. Saya kongsikan di sini syarat-syarat umum semoga bermanfaat.

Kategori 1: Lantikan Pertama DS45 (Mempunyai kelulusan PhD)

Syarat-syarat umum: 

  1. Mendapat penilaian prestasi (sekurang-kurangnya 85%) sebanyak tiga (3) kali selepas lantikan.
  2. Penyelidikan: Geran kebangsaan sekurang-kurangnya satu (1) geran.
  3. Telah menghadiri Postgraduate Diploma (PGDip) dengan jayanya.
  4. Penerbitan: Telah menerbitkan dua (2) Jurnal index (ISI, SCOPUS, ERA)
  5. Penyeliaan: Sedang menyelia seorang pelajar Sarjana secara penyelidikan atau kesepakaran perubatan
  6. Pengajaran: 45 kredit
  7. Telah disahkan dalam perkhidmatan. Biasanya mengambil masa 3 tahun.
  8. Telah mengisytiharkan harta dalam tempoh lima (5) tahun terkini;
  9. Lulus tapisan keutuhan (SPRM);
  10. Bebas daripada tindakan tatatertib;
  11. Mendapat sokongan Ketua Pusat Tanggungjawab (Ketua PTJ) iaitu Dekan. 

Next step

Sekiranya telah memenuhi syarat-syarat di atas, terus bersegera menulis memo kepada Pendaftar melalui Dekan dengan disertakan dokumen-dokumen sokongan.

Contoh memo boleh download di sini 

Sumber rujukan

Pekeliling Pentadbiran Bil 5 Tahun 2016

Lampiran 1 Penetapan Laluan Kerjaya Baharu dan Kriteria Kenaikan Pangkat Pensyarah

Lampiran 2 Kriteria Kenaikan Pangkat DS52

Interview prep for DS52 

Nota Penting

This post was originally published in my old website in the year 2020, and reproduced here in May 2023. Some info may no longer valid. 

Sekiranya info bermanfaat, kindly share with others. 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *