Kenapa walaupun sudah ada Phd tetapi masih tiada kerja. Pertama sekali, kita perlu bersyukur kepada Allah kerana kita masih sihat walafiat, dapat makan dan minum, ada tempat berteduh seadanya.
Lima ke sepuluh tahun lepas, untuk mendapat jawatan sebagai pensyarah di universiti tidaklah mudah dan tidaklah susah sekiranya ada PhD. Ini mungkin kerana jumlah Phd graduate tidaklah sebanyak kini.
Suasana telah berubah. Kajian Graduate Tracer Study pada tahun 2021 menunjukkan lebih kurang 220 Phd graduate masih belum mendapat pekerjaan. Adakah calon yang bakal berjuang dan sedang berjuang sedar akan perkara ini?
PhD in Mechanical Engineering
Adalah tidak adil sekiranya saya memberi komentar untuk bidang selain Mechanical Engineering. Pada zaman belajar, ramai mengatakan bahawa bidang ini adalah lebih mencabar daripada bidang Civil, Electrical dan Chemical Engineering. Ini mungkin ada benarnya.
Calon PhD boleh membuat kajian dalam pelbagai cabang-cabang Mechanical Engineering. Antaranya mechanics, fluids, material science, robotic, control, heat transfer, vibration, instrumentation, measurement dan sebagainya.
Pada pengamatan saya sebagai newbie, antara kesemua bidang di atas, material science adalah cabang kajian PhD yang mudah berbanding yang lain. Historically, ramai yang berjaya menerbitkan jurnal artikel WOS ISI dalam jumlah 2-3 kali ganda berbanding bidang lain. Dan ramai yang berjaya menamatkan PhD lebih awal berbanding bidang lain.
Vacancy
Selain pengajaran dalam material science, tenaga pensyarah dalam jabatan perlu seimbang untuk pengajaran subjek-subjek lain seperti dynamics, fluids, robotic, control, heat transfer, vibration, instrumentation, measurement dan sebagainya.
Antara bidang Phd yang masih kurang diceburi dan berpotensi besar adalah robotic, vibration dan control. Ini mungkin disebabkan …. bersambung nanti inshaallah
Other vacancies
Selain menjadi pensyarah di Malaysia, PhD graduate boleh mencuba nasib sebagai Postdoc, Research Associate atau Research Officer.
PhD graduate juga boleh mencuba nasib di luar negara. Antaranya menerusi https://www.jobs.ac.uk/
Related posts: JAWATAN KOSONG PENSYARAH. HOW MUCH I EARN AS A LECTURER IN UNIMAS
Don’t keep this valuable information to yourself! Share this blog post with your friends and followers on social media, and help them benefit from the insights and tips shared here.